Saturday 13 August 2011

Adakah ruangan yang saya paparkan ini berbunyi seperti ‘angkat bakul’ sendiri??Barang siapa yg tak suke ruangan ni..takyah le bace ye…ahahahaha!!

Assalamualaikum w.b.t kepada semua bloggers dan followers (kalau ada la).
Bersama saya Qi 'Abdul di ruangan "Renungan Bersama".Ehemm..sebelum kita go through dengan info menarik malam ni,saya nak tny pada kalian. Siapa di sini mereka yang digelar "kidal"?Angkat tangan!!hahahaaha..Anda kenal dengan Man Kidal?Gitaris tersohor Malaysia.Bagaimana pula dengan artis hollywood Angelina Jolie?Pelakon terhebat antarabangsa.How about Barrack Obama,Presiden Amerika Syarikat ke 44?dan kalau tak kenal yang seorang ni,nanti kaji balik ek? Issac Newton,pakar saintis..Kenalkah anda dengan mereka-mereka ini?dan apa pula kaiatannya dengan saya?hhaaa...Tak kenal maka tak cinta..huhu..mereka ini semua juga adalah tergolong dari orang seperti saya (mesti kalian merasakan saya ini perasan kan?) kerana saya dan mereka merupakan pengguna "tangan kidal" atau dalam bahasa omputihnye.."lefthanded"( bukan yang kumpulan rock tanahair tu).hahahaha..Baiklah kalian-kalian yang saya sayangi bagi mereka yang pengguna tangan kidal,ini adalah satu berita atau info yang menarik untuk saya,ANDA,ANDA dan ANDA teliti(bagi pengguna tangan kanan jangan la amik hati ek)hehehe..

Hubungan kidal dengan otak secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri (wah..dah macam pensyarah lak saya ni heheehe). Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan(hehe.jangan mara ye pengguna kanan).(ala..yang macam belajar dalam Cognitive,Science and Psychology tu).Satu fakta yang menarik unutk dikongsikan(bukan dongengan,propa atau fakta songsang..tp realiti) Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.

Mari sama-sama kita  check apakah kelebihan da kekurangan orang yang menggunakan tangan kidal.(pengguna tangan kanan pun leh wat research nt ek..)Mereka ini (kita tengok kekurangan dulu) Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dan sebagainya ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku(memang susah..dah lama-lama senanglah).Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit(kadang-kadang ada yang terpaksa menyenget(sampai siku kena meja sebelah kawan).Kedua penggunaan peralatan lain tangan kanan (gunting,komputer (tetikus), peralatan dapur) dan lain-lain amatlah sukar untuk digunakan.
Haaa...itu kekurangan mereka..Kita tinjau pulak kelebihan (ehem2..)mereka ini. Lazimnya pengguna tangan kiri akan menjadi mudah tulisannya(kira pro gak la..hahaha) apabila dalam tulisan Arab.Bagi mereka, menulis dalam tulisan Arab atau jawi lebih menyenangkan mereka daripada tulisan biasa(yeke?anda bagaimana?lain padang lain belalang..lain orang lain cara dan pemikiran kan?).

Bukan itu sahaja, pengguna tangan kidal ini juga mempunyai kelebihan dalam aspek sukan seperti Rafael Nadal dan John McEnro (tenis),Diega Armando Maradona,Pele -Edson Arantes do Nascimento dan Lionel Messi (bintang bola sepak), Lin Dan(badminton),Valentino Rossi (lumba basikal).Dari aspek seni pula (xkira la seni suara,peperangan,dan lukis) tokoh-tokoh ini sentiada kita dengar dan baca al-kisah hidup mereka seperti Saidina Umar Al-Khattab(sahabat Rasullullah S.A.W.),Alexander The Great dan Leonardo Da Vincci(menulis semua data peribadi beliau dari kanan ke kiri (macam tulisan jawi)sampai siapa yang ingin membaca tulisannya itu terpaksa menggunakan cermin untuk memahami isi tulisan beliau).

Haaa..itulah serba sedikit mengenai pengguna tangan kidal ni..sebenarnya banyak lagi nak diceritakan pada anda semua,tetapi memandangkan nanti ada yang cakap over pulak saya ni (ada ku kesah?) jadi saya akan berhenti seketika unutk malam ini dan akan bersambung semula mengenai pengguna TANGAN KANAN pula..Bukan unutk membeza-bezakan anda semua,tetapi ini hanyalah info yang harus kita lihat dan teliti dan mencari kebenaran sahaja.Setiap manusia itu dijadikan dengan pelbagai rupa dan kejadian yang tidak sempurna dan sesungghnya manusia itu mempunyai kelebihan da kekurangan tersendiri.Jadi berdiri di atas BAKAT sendiri jangan biarkan halusinasi MENGAWAL diri..




Friday 12 August 2011

Santapan rohani

Mengimpikan sebuah kehidupan yang baik adalah imipian untuk semua orang termasuklah aku. Menyedari bukan mudah untuk mengimpikan ianya menjadi kenyataan, jadi tidak ada alasan untuk kita menggapainya.
Setiap dari kita mempunyai status kehidupan yang sama. Tetapi apa yang membezakannya adalah corak perjalanan yang kita sendiri cantingkan sama ada kehidupan itu putih,berwarna-warni, dan ada yang tidak berwarna (hitam).Allah menganugerahkan setiap makhluk ciptaan-Nya (manusia) itu dengan akal dan fikiran yang rata-ratanya adalah sama.Tetapi dek kerana tidak tahu untuk menghargai pemberian-Nya itu,manusia menjadi alpa dan leka serta tidak tahu untuk membezakan jalan yang baik dan jalan yang tidak sepatutnya dipilih.
Yaa..mungkin jawapan yang kerap kali didengari kita semua.."Tak payahlah nak busy body hal saya..anda buat cara anda.saya xkacau pun hidup anda"..Hrmm...betul jugak..Bila dikenangkan balik, kadang-kadang tidak salah untuk kita menegur kesalahan atau kesilapan yang dilakukan.Manalah tahu mungkin kesilapan atau kesalahan yang kita lakukan itu mampu membuka mata dan minda kita untuk terus berubah. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa untuk kita berubah bukanlah perkara yang mudah(ada yang mengambil masa bertahun-tahun) lamanya untuk berubah..Yang ini patut dipuji kerana mempunyai usaha berubah ke arah yang sepatutnya.Mungkin masa yang lama itu mengajar dan membuatkan kita berfikir, terfikir dan mengimbas kembali perkara-perkara atau kesilapan masa lampau yang pernah dilakukan.Mungkin perbuatan itu sia-sia atau telah mencampakkan kita ke lembah hinaan.Perubahan inilah yang dinamakan "ANJAKAN PARADIGMA".

Petua Mencuci HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini Qi 'Abdul ingin berkongsi sesama kita mengenai petua untuk mencuci hati.Bukan hati ayam,bukan hati lembu tetapi hati manusia.Secara amnya.hati merupakan organ dalaman yang kita ketahui rupa bentuk dan fungsinya melalui pembelajaran.Ironinya pada hari ini,hati kian menjadi tidak lagi suci kerana dinoda dek perbuatan dan perlakuan kita.Bagaimana mahu mencuci hati?Menggunakan Clorox?Breeze?Vanish? Tidak! Bukan itu caranya.Pertama cuci ianya dengan mendirikan solat dan perbanyakan berdoa. Ini merupakan salah satu keadah yang berkesan dan dijamin memberikan impak yang besar terhadap diri kita. Semasa kita berdoa lafazkanlah "Ya Allah, kau jadikanlah hatiku bersih".Insyallah,mudah-mudahan dengan izin-Nya hati menjadi bersih.Dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 100x (paling minima) sebelum melabuhkan mata unutk tidur, di mana ucapan ini tidak memerlukan wang,dan merupakan satu kaedah pelaburan yang amat mudah.Apakah impaknya kepada kita?Otak menjadi tenang,dimurahkan rezeki,disamping dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah S.W.T.Seterusnya,bersihkan diri kepada perkara yang positif yakni janganlah sesekali kita mengkritik diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan kita kerana ianya akan mempengaruhi pemikiran menjadi negatif.Sebaliknya berkatalah seperti "AKU BOLEH!,'AKU SEBENARNYA MAMPU LAKUKANNYA!.Nescaya,apa yang terlintas di hati insyallah.akan peroleh hasilnya..
Waahh...bertazkirah pulak ek..Itu sahaja untuk hari ini dan insyallah kita akan bertemu di lembaran akan datang dengan tips2 sambungan untuk mencuci hati..