Friday 12 August 2011

Petua Mencuci HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini Qi 'Abdul ingin berkongsi sesama kita mengenai petua untuk mencuci hati.Bukan hati ayam,bukan hati lembu tetapi hati manusia.Secara amnya.hati merupakan organ dalaman yang kita ketahui rupa bentuk dan fungsinya melalui pembelajaran.Ironinya pada hari ini,hati kian menjadi tidak lagi suci kerana dinoda dek perbuatan dan perlakuan kita.Bagaimana mahu mencuci hati?Menggunakan Clorox?Breeze?Vanish? Tidak! Bukan itu caranya.Pertama cuci ianya dengan mendirikan solat dan perbanyakan berdoa. Ini merupakan salah satu keadah yang berkesan dan dijamin memberikan impak yang besar terhadap diri kita. Semasa kita berdoa lafazkanlah "Ya Allah, kau jadikanlah hatiku bersih".Insyallah,mudah-mudahan dengan izin-Nya hati menjadi bersih.Dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 100x (paling minima) sebelum melabuhkan mata unutk tidur, di mana ucapan ini tidak memerlukan wang,dan merupakan satu kaedah pelaburan yang amat mudah.Apakah impaknya kepada kita?Otak menjadi tenang,dimurahkan rezeki,disamping dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah S.W.T.Seterusnya,bersihkan diri kepada perkara yang positif yakni janganlah sesekali kita mengkritik diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan kita kerana ianya akan mempengaruhi pemikiran menjadi negatif.Sebaliknya berkatalah seperti "AKU BOLEH!,'AKU SEBENARNYA MAMPU LAKUKANNYA!.Nescaya,apa yang terlintas di hati insyallah.akan peroleh hasilnya..
Waahh...bertazkirah pulak ek..Itu sahaja untuk hari ini dan insyallah kita akan bertemu di lembaran akan datang dengan tips2 sambungan untuk mencuci hati..




No comments:

Post a Comment