Friday 12 August 2011

Santapan rohani

Mengimpikan sebuah kehidupan yang baik adalah imipian untuk semua orang termasuklah aku. Menyedari bukan mudah untuk mengimpikan ianya menjadi kenyataan, jadi tidak ada alasan untuk kita menggapainya.
Setiap dari kita mempunyai status kehidupan yang sama. Tetapi apa yang membezakannya adalah corak perjalanan yang kita sendiri cantingkan sama ada kehidupan itu putih,berwarna-warni, dan ada yang tidak berwarna (hitam).Allah menganugerahkan setiap makhluk ciptaan-Nya (manusia) itu dengan akal dan fikiran yang rata-ratanya adalah sama.Tetapi dek kerana tidak tahu untuk menghargai pemberian-Nya itu,manusia menjadi alpa dan leka serta tidak tahu untuk membezakan jalan yang baik dan jalan yang tidak sepatutnya dipilih.
Yaa..mungkin jawapan yang kerap kali didengari kita semua.."Tak payahlah nak busy body hal saya..anda buat cara anda.saya xkacau pun hidup anda"..Hrmm...betul jugak..Bila dikenangkan balik, kadang-kadang tidak salah untuk kita menegur kesalahan atau kesilapan yang dilakukan.Manalah tahu mungkin kesilapan atau kesalahan yang kita lakukan itu mampu membuka mata dan minda kita untuk terus berubah. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa untuk kita berubah bukanlah perkara yang mudah(ada yang mengambil masa bertahun-tahun) lamanya untuk berubah..Yang ini patut dipuji kerana mempunyai usaha berubah ke arah yang sepatutnya.Mungkin masa yang lama itu mengajar dan membuatkan kita berfikir, terfikir dan mengimbas kembali perkara-perkara atau kesilapan masa lampau yang pernah dilakukan.Mungkin perbuatan itu sia-sia atau telah mencampakkan kita ke lembah hinaan.Perubahan inilah yang dinamakan "ANJAKAN PARADIGMA".

No comments:

Post a Comment